Gagasan Rakyat sedia terima tiga ADUN UMNO dipecat

Gagasan Rakyat sedia terima tiga ADUN UMNO dipecat

HAJIJI NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bersikap terbuka untuk menerima tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang dipecat hari ini.

Presidennya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau tidak boleh mengulas lanjut mengenai isu pemecatan itu kerana ia membabitkan urusan parti UMNO.

“Saya tidak boleh komen lanjut kerana ia membabitkan urusan parti UMNO, namun jika mereka ingin mohon untuk masuk Gagasan Rakyat, insya-Allah kita akan terima.

“Kalau mereka mahu masuk mana-mana parti, di Sabah ini banyak parti politik, jadi terpulang kepada mereka untuk memilih,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Ketua Menteri Sabah bersama mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) di sini, malam ini.

Media sebelum ini melaporkan, tiga ADUN UMNO yang menyokong pimpinan Hajiji semasa berlaku kemelut politik di Sabah pada awal Januari lalu, dipecat berkuat kuasa hari ini.

Tiga ADUN itu ialah Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Mohd. Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit).

Pada 21 Februari lalu, empat ADUN termasuk James, Mohd Arsad dan Jasnih mengumumkan keluar daripada parti dan menyertai Gagasan Rakyat.

Seorang lagi ADUN berbuat demikian ialah ADUN Balung, Datuk Hamid Awang turut mengambil keputusan sama iaitu keluar daripada UMNO. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya