Fadhlina nafi kos bina bilik darjah cecah jutaan ringgit

Fadhlina nafi kos bina bilik darjah cecah jutaan ringgit

FADHLINA Sidek melihat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menandatangan perjanjian persefahaman (MoU) Forum Integriti dan Ikrar Bebas Rasuah Kementerian Pendidikan, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menafikan dakwaan yang dibangkitkan seorang ahli Parlimen berkenaan kos pembinaan sebuah bilik darjah yang mencecah jutaan ringgit.

Beliau berkata, perkongsian yang dibuat oleh bekas menteri itu adalah tidak tepat kerana setiap projek pembinaan membabitkan sekolah mempunyai proses yang perlu dinilai berdasarkan panduan dan standard.

“Kenyataan itu tidak tepat kerana di peringkat KPM kita ada proses kerja dan bagaimana setiap projek itu dinilai mengikut panduan dan standard di peringkat kerajaan.

“Isu yang kita hendak tekankan adalah proses kerja itu yang harus dinilai dan skop kerja, konsultan serta piawaian tertentu yang mesti dicapai oleh KPM dalam meneruskan projek-projek tersebut,” katanya menerusi sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Forum Integriti di sini hari ini.

Pada 5 April lalu, ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin menerusi laman Twitter berkongsi sebuah video berdurasi seminit 43 saat berserta kapsyen ‘kos satu bilik darjah sama seperti satu bungalow?’ yang memaparkan dirinya di Dewan Rakyat.

Bee Yin mendapati dari pelbagai lawatan sekolah yang dibuat olehnya di Parlimen Puchong, terdapat banyak sekolah daif dan fasiliti yang tidak mencukupi.

Bee Yin mendakwa, dari maklumat KPM, kos pembinaan untuk beberapa sekolah baharu adalah seperti berikut, Sekolah Kebangsaan Setia Alam 2 sebanyak 30 bilik darjah RM54 juta, Sekolah Kebangsaan Paya Dusun, Terengganu, 24 bilik darjah RM55 juta (dan) Sekolah Menengah Kebangsaan Dudong,Sibu, Sarawak, 42 bilik darjah RM110 juta.

“Jika kita kira dari segi purata kos pembinaan satu bilik darjah adalah diantara RM1.8 juta hingga RM2.6 juta,” katanya.

Terdahulu, menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah, Fadhlina turut melancarkan Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat KPM dan Buku Panduan Pengurusan Tindakan Tatatertib KPM.

Ketika ditanya sama ada silibus anti rasuah di sekolah rendah dan menengah mencukupi bagi mengekang gejala salah laku, beliau memaklumkan bahawa silibus sedia ada diyakini mampu untuk memberi impak terbaik dan akan dikemaskini mengikut keperluan semasa.

“(Silibus) adalah mengikut tahap kanak-kanak dan silibus ini sentiasa menjadi keutamaan apatah lagi dalam soal rasuah.

“(Dalam) buku teks Pendidikan Islam juga telah menunjukkan tahap tingginya peringatan tentang rasuah telah dimuatkan dalam buku teks anak-anak kita,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya