IPOH: Kementerian Pendidikan (KPM) komited memastikan kebajikan guru terpelihara dengan memberi keutamaan kepada aspek pertukaran pasangan guru jarak jauh atau ‘duka lara’. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, daripada keseluruhan pertukaran diluluskan setakat ini, 80 peratus permohonan pertukaran diterima adalah membabitkan pasangan jarak jauh. “Dalam konteks pasangan jarak jauh, kementerian sememangnya memberi keutamaan terhadap permohonan pertukaran. “Sebab itu, sebanyak 80 peratus permohonan membabitkan pasangan jarak jauh dan berjaya diselesaikan manakala selebihnya…










