'Dia lebih rapat dengan mak, selalu tidur rumah saya' - Utusan Malaysia

‘Dia lebih rapat dengan mak, selalu tidur rumah saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Shila Amzah mendedahkan ibu tirinya, Siti Munirah Abd. Ghani selalu bermalam di rumahnya semasa zaman persekolahan dahulu.

Katanya, hubungan dengan wanita itu memang sangat rapat suatu ketika dahulu dan dia juga selalu meluahkan masalah kepada dirinya.

Namun jelasnya hubungan mereka menjadi renggang dan tidak begitu rapat setelah dewasa kerana wanita itu adalah seorang yang suka menghilangkan diri.

“Saya anggap kami tiada persefahaman sahaja. Tapi dia lebih rapat dengan mak saya berbanding saya selepas tamat sekolah.

“Ini adalah realiti dan saya perlu jelaskan dia bukan kawan baik saya,” katanya.

Sheila berkata, gelaran kawan baik sudah tidak lagi sesuai untuk dilabelkan terhadap wanita itu walaupun mengenali sejak bangku sekolah.

“Mungkin kedengaran kasar tapi tulah kenyataannya. Sebagai seorang wanita memang akan terasa apabila berhadapan situasi seperti itu,” tegasnya.

Difahamkan, Siti Munirah bukanlah asing dengan keluarga Fauziah Sarman dan ND Lala memandangkan dia rakan sekolah Shila.

Mereka sama-sama pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah dan Siti Munirah sering berkunjung ke rumah mereka untuk majlis-majlis tertentu.

Pada 3 April lalu, Fauziah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi untuk memfailkan perceraian terhadap ND Lala, namun salah seorang anaknya, Syada menafikan perihal terbabit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN