Kes pukul babit ulat gambar: 18 individu sudah ditahan

Kes pukul babit ulat gambar: 18 individu sudah ditahan

SAZALEE ADAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua individu dipercayai menjadi mangsa dibelasah sekumpulan ‘ulat gambar’ yang mengamuk di sekitar KLCC pada Ahad lalu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati selepas ditegur.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam sebelum 18 individu termasuk seorang remaja 17 tahun diberkas di pekarangan KLCC tidak lama kemudian.

Mereka ditahan terdiri 10 individu beralamat di Sabah, Selangor (dua orang), Kuala Lumpur (tiga orang) dan Johor (dua orang).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, mangsa melihat seorang pelancong lelaki India sedang dipukul oleh sekumpulan lelaki yang mengambil gambar pelancong yang berada di hadapan KLCC.

“Selepas itu, mangsa menghampiri mereka dan menegur supaya tidak memukul pelancong berkenaan. Bagaimanapun kumpulan suspek memberi amaran supaya tidak masuk campur.

“Tiba-tiba, mangsa diserang di kepala oleh seseorang di bahagian belakang disyaki menggunakan pisau kerambit,” katanya.

Menurutnya, mangsa mendakwa dipukul oleh kumpulan ulat gambar terbabit sehingga suasana menjadi tegang dan dianggarkan 30 rakan suspek datang menyerang mangsa.

Katanya, hasil soal siasat kesemua suspek berusia lingkungan 17 ke 45 tahun mengaku berada di lokasi ketika kejadian dan melakukan aktiviti ulat gambar.

“Kedua-dua mangsa turut mengenal pasti dua suspek yang memukul mereka selepas menjalankan kawad cam.

“Semakan mendapati dua suspek memiliki rekod jenayah lampau manakala selebihnya tiada rekod,” jelasnya.

Tambahnya, kes disiasat dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN