Data Tanah Rizab Melayu Kedah dibekal JKPTG - Nik Nazmi

Data Tanah Rizab Melayu Kedah dibekal JKPTG – Nik Nazmi

NIK NAZMI NIK AHMAD dan MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menjelaskan bahawa data tanah rizab Melayu negeri Kedah yang dikemukakan pada sidang Dewan Rakyat lalu diperoleh daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG).

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya tidak menerima data tambahan rizab tanah seperti didakwa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Beliau berkata, JKPTG tidak menerima maklumat tambahan dari Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah dari 1 Disember 2022 hingga 29 Mac 2023.

“Maklumat tentang keluasan tanah rizab Melayu Kedah meningkat sebagaimana dibangkitkan oleh Muhammad Sanusi tidak dikongsikan dengan pihak JKPTG.

“Saya telah menyatakan angka yang disediakan oleh JKPTG berdasarkan maklumat Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah dan saya yakin dengan kerja penjawat awam yang terlibat di peringkat Persekutuan dan Negeri,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, beliau mengambil maklum kenyataan yang dibuat Muhammad Sanusi berkenaan peningkatan tanah rizab Melayu Kedah dari 1933 sehingga hari ini.

Nik Nazmi berkata, memandangkan beliau (Muhammad Sanusi) mula menjadi Menteri Besar pada tahun 2020, tentulah angka dari tahun 2021 hingga 2022 menjadi tumpuan berbanding dengan Kedah ketika era British dan ketika jajahan Jepun atau Siam pada Perang Dunia Kedua.

Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata, beliau telah menghantar penjelasan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul sebagai maklum balas kepada usul merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Jelasnya lagi, jawapan beliau ketika sidang Parlimen pada 29 Mac lalu disediakan pihak JKPTG yang mengumpul data tanah rizab Melayu oleh pihak pentadbiran tanah negeri setiap tahun.

Nik Nazmi pada sidang Dewan Rakyat pada 29 Mac lalu menyatakan Tanah Rezab Melayu di Kedah menurun dan kenyataan itu bagaimanapun dinafikan Muhammad Sanusi.

Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, kerajaan negeri menafikan perkara itu sebaliknya berlaku peningkatan kepada jumlah keluasan tanah rizab Melayu ketika ini, berbanding jumlah asal yang diwartakan sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Jelasnya, keluasan asal tanah rizab Melayu di Kedah pada 1933 mengikut warta yang dikeluarkan Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) adalah berjumlah 721,496.95 hektar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya