KUALA LUMPUR: Malaysia memperkukuh langkah menjamin kestabilan bekalan dan harga beras negara menerusi pemeteraian kerjasama pertanian dua hala dengan Vietnam. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kerjasama itu penting memandangkan Vietnam merupakan antara pengeksport beras terbesar ke Malaysia. Katanya, langkah tersebut dilihat mampu memastikan harga beras di pasaran tempatan kekal kompetitif dan stabil dalam keadaan ketidaktentuan global ketika ini. “Sebagai sebahagian daripada agenda keterjaminan makanan negara,…










