Capal tarikan baharu

Tampil persis pahlawan Melayu pada 1 Syawal

MUHAMAD Rafi Kori (dua dari kanan) bersama tiga adiknya menunjukkan capal buatan tangan yang dijual di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu, semalam. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Keunikan capal lelaki sebagai lambang keagungan tamadun Melayu zaman silam menjadi buruan untuk digayakan bersama baju Melayu pada Hari Raya Aidilfitri.

Antara jenama capal terkenal di negeri ini ialah Akarumbi yang diusahakan empat beradik berasal dari Kampung Pulau Manis di Serada dekat sini.

Pemiliknya, Mohd. Arif Kori, 39, berkata, setakat Ramadan tahun ini, sebanyak 400 pasang capal terjual iaitu meningkat sekali ganda berban­ding 200 pasang, tahun lalu.

“Capal ini dijual pada harga bermula RM90 sepasang bergantung pada rekaan dan saiznya yang tersendiri.

“Pada tahun ini, permintaan daripada jualan dalam talian meningkat dise­babkan ramai yang berminat memakainya mahu tampil persis pahlawan Melayu zaman dahulu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam.

Tiga lagi adik-beradiknya yang terlibat ialah Muhamad Rafi, 45; Kamrul, 50, dan Ghazali, 37.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ramai yang membeli capal kerana ia sesuai dipakai dalam majlis perkahwinan, kebudayaan dan upacara bertemakan tradisional atau kepahlawanan Melayu.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN