Butik Rakyat Rahmah 4.0 beri sinar golongan B40

Butik Rakyat Rahmah 4.0 beri sinar golongan B40

ORANG ramai memilih pakaian yang diberikan secara percuma di Butik Rakyat Rahmah 4.0 yang beroperasi di RUTC Klebang Besar, Pulau Gadong, Melaka. – FOTO/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Lebih 15,000 pakaian percuma ditawarkan kepada orang ramai terutama golongan B40 di Butik Rakyat Rahmah 4.0 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RUTC) Klebang Besar, Pulau Gadong di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pem­bangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Klebang Besar, Datuk Mohd. Yusof Abu Hassan berkata, bukan setakat pakaian boleh diambil secara percuma tetapi orang ramai yang datang juga bakal diberikan sekampit beras 10 kilogram (kg) setiap seorang.

Ujarnya, antara pakaian terpakai yang disediakan adalah baju kurung, baju kebaya, ju­bah, selendang, tudung, baju Melayu, baju kanak-kanak serta seluar lelaki dan wanita.

“Selain itu turut diberikan adalah bakul makanan dan se­ekor ayam, kita akan serahkan pada satu majlis beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Ini adalah kelainan yang ditonjolkan buat penganjuran kali keempat. Orang ramai bukan sahaja dapat bawa pulang lima helai pakaian berbanding empat helai tahun lalu, tetapi juga menerima beras.

“Penganjuran Butik Rakyat Rahmah 4.0 adalah semata-mata untuk membantu golongan B40 yang tidak berkemampuan dan mereka boleh datang ke sini pilih pakaian disukai dan dibawa pulang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, seorang suri rumah, Noraishah Bee Raja Pa­tal Othman Shah, 42, berkata, sebagai individu berpendapatan rendah, Butik Rakyat Rahmah 4.0 sememangnya ditunggu se­tiap kali ketibaan Ramadan.

“Hendak beli baju baharu untuk lima orang anak, suami pula berpendapatan sederhana memang tidak mampu. Apabila ada pemberian baju secara percuma ini, ia sangat me­legakan buat ka­mi sekeluarga menyambut le­baran kali ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN