Bufet Ramadan RM5 sekepala bantu penduduk sekitar - Utusan Malaysia

Bufet Ramadan RM5 sekepala bantu penduduk sekitar

ALEXANDER Isaac menunjukkan sebahagian daripada makanan untuk bufet berbuka puasa yang disediakan di Restoran Red Sky, Jalan Pantai Tengah, Langkawi. -UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Niat hendak menyumbang semula kepada masyarakat tanpa memikirkan soal keuntungan membolehkan seorang pemilik restoran di pulau pelancongan ini menawarkan bufet berbuka puasa dengan harga RM5 bagi seorang.

Pemilik Restoran Red Sky di Pantai Tengah di sini, Datuk Alexander Isaac berkata, bufet tersebut diadakan pada setiap Khamis sepanjang Ramadan.

“Antara menu bufet yang disediakan adalah nasi putih dengan lauk ayam, ikan, da­ging dan sayur serta ulam-ula­m­an dengan sambal belacan.

“Beberapa jenis kuih-muih dan buah-buahan turut disediakan sebagai pencuci mulut.

“Saya memahami kesusahan orang ramai disebabkan kenaikan harga makanan, jadi ini adalah cara saya hendak memberi sesuatu kepada komuniti sempena bulan Ramadan,” katanya ketika ditemui di restorannya di sini semalam.

Tambahnya, jumlah yang dibayar oleh pelanggan itu diakui tidak memberikan sebarang keuntungan kepadanya yang ditanggung sepenuhnya oleh restoran.

Alexander yang juga Ke­tua Pegawai Eksekutif Tropical Charters Sdn. Bhd. yang mengendalikan kapal layar persiaran di sini berkata, pe­langgan diminta untuk membuat tempahan awal sekiranya mahu berbuka puasa di situ.

Jelasnya, restoran tersebut mampu memuatkan sehingga 60 orang pada satu-satu masa dan mendapat sambutan yang baik dalam kalangan penduduk Langkawi apabila tempahan penuh pada hari pertama pelaksanaannya.

Menurutnya, tempahan juga hanya diterima daripada kumpulan keluarga dan rakan-rakan dan bukannya majikan bersama pekerja syarikat bagi memberi lebih banyak peluang kepada golongan yang kurang berkemampuan menikmati juadah disediakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN