BERNAS salur RM20 juta lagi untuk bantu pesawah

BERNAS salur RM20 juta lagi untuk bantu pesawah

Bernas
BERNAS salurkan RNM20 juta untuk membantu pesawah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM20 juta lagi kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk diagihkan kepada pesawah.

KPKM dalam satu kenyataan memberitahu, sumbangan itu akan diagihkan kepada pesawah di empat negeri iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor.

bernas

“Pemberian bantuan khas sebanyak RM250 kepada setiap pesawah ini dijangka akan memanfaatkan 81,153 orang pesawah berdaftar di negeri berkenaan.

“Kementerian akan menyelesaikan pembayaran sebelum 14 April 2023 bagi pesawah yang mempunyai maklumat lengkap.

“Baki pesawah di negeri-negeri lain akan menerima bantuan khas ini pada peringkat seterusnya setelah baki sumbangan disalurkan oleh BERNAS kelak.

“Bantuan ini merupakan tambahan kepada Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200 yang diberikan kepada setiap pesawah seperti diumumkan oleh Perdana Menteri pada 29 Mac 2023,” kata kenyataan itu.

Pada 5 Disember 2022 yang lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa BERNAS bersetuju memberi sumbangan sebanyak RM60 juta kepada pesawah.

Sumbangan ini akan diberikan secara berperingkat di mana RM10 juta disalurkan kepada KPKM pada penghujung tahun 2022 dan telah diagihkan kepada tiga  buah negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya