Berek polis terbakar ketika moreh

Berek polis terbakar ketika moreh

KEBAKARAN bahagian ruang tamu sebuah rumah di berek polis Pangsapuri Bakawali, Jalan Kolam Air di Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Suasana ceria ketika menikmati hidangan moreh selepas menunaikan solat terawih di Berek Polis, Pangsapuri Bakawali, Jalan Kolam Air di sini malam tadi bertukar kelam-kabut apabila sebuah rumah di situ tiba-tiba terbakar.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam melibatkan sebuah rumah di tingkat dua.

Menurutnya, ketika itu beliau bersama beberapa pegawai termasuk timbalannya sedang berada dalam dewan berhampiran bagi menikmati hidangan disediakan.

“Namun tiba-tiba kami dikejutkan dengan makluman dari anggota di luar dewan yang mereka ternampak sebuah rumah di tingkat dua terbakar. Jemaah kemudian berganding-bahu memadam kebakaran itu dan tindakan pantas berhasil memadamkan api,” katanya.

Tambah Ahmad Shukri, beliau bersyukur apabila tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku kerana kesemua penghuni kediaman tersebut tidak berada di rumah ketika kebakaran berlaku.

“Jumlah kerugian belum dapat dipastikan. Kebakaran hanya melibatkan ruang tamu di sebuah rumah sahaja dan punca kebakaran masih disiasat pihak bomba,” katanya.

Sementara itu, jurucakap bomba memaklumkan, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 10.08 malam.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran tersebut telah berjaya dipadam. Pihak kami hanya memastikan bahawa api telah padam sepenuhnya dan operasi ditamatkan pukul 10.59 malam. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya