Banyak peniaga bazar Ramadan jual balik tapak, elak terus rugi

Banyak peniaga bazar Ramadan jual balik tapak, tak mahu tanggung rugi berterusan

bazar ramadan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Meskipun pe­langgan bazar Ramadan pada tahun ini meningkat, kuasa pembeli sangat berkurangan.

Perkara ini diakui oleh ramai peniaga yang rata-rata mereka mengalami kerugian sehingga ramai yang menjual semula tapak kepada peniaga lain yang ingin mencuba nasib.

Seorang pengurus tapak Prihatin di bawah persatuan peniaga kecil Wilayah Persekutuan yang mahu dikenali sebagai Amiruddin berkata, selama hampir dua minggu berniaga di bazar Ramadan, 10 daripadanya telah menjual tapak dengan harga serendah RM300 berbanding RM800 pada harga asal.

Jelas beliau, peniaga lain pula masih di peringkat bertahan meskipun mengalami kerugian yang teruk pada tahun ini.

“Setakat semalam saya pergi ke bazar Ramadan Desa Pandan pukul 7 petang untuk melihat keadaan peniaga, terlalu banyak makanan yang tidak terjual, tauhu bergedil selambak atas dulang seperti tidak terusik, lauk-pauk pun masih banyak, air balang pun hanya suku sahaja yang terjual.

“Lebih teruk, ada peniaga yang dah tutup gerai dan tidak mahu meneruskan perniagaan kerana keuntungan yang diperolehnya tidak sampai RM200 setiap hari, ia berbeza dengan sebelum ini mampu peroleh keuntungan sehingga RM500 sehari. Itu perbezaan ketara yang boleh dibuat jika dibandingkan,” katanya ketika ditemui, semalam. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN