Balik kampung sambut raya, E-Mutiara sedaikan 100 bas sehari

Balik kampung sambut raya, E-Mutiara sedaikan 100 bas sehari

CHE Ibrahim Che Ismail menyampaikan sumbangan zakat kepada penerima di Hentian Gua Musang, Kelantan, semalam. – FOTO/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Syarikat perkhidmatan bas ekspres, Konsortium E-Mutiara Berhad menyediakan 100 perjalanan sehari menjelang Aidilfitri bagi menampung ke­perluan anak Kelantan di perantauan untuk pulang ke kampung menyambut lebaran.

Pengerusi Eksekutifnya, Che Ibrahim Che Ismail berkata, tam­bahan sebanyak 30 perjalanan itu bermula 14 April ini sehingga malam raya susulan permintaan tinggi dalam kalangan pengguna.

“Hari biasa, jadual perjalanan kita hanya membabitkan sebanyak 70 perjalanan sehari di seluruh negara. Untuk musim perayaan laluan perjalanan yang banyak mendapat permintaan ialah membabitkan laluan Kuala Lumpur-Kota Bharu dan Johor-Kota Bharu.

“Sepanjang tempoh puncak berkenaan sebanyak 50 buah bas akan beroperasi ke destinasi ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyam­paian Sumbangan Zakat di Hentian Gua Musang di sini, semalam yang turut dihadiri oleh Pengarah Urusan GM Station Sdn. Bhd, Naemah Ya’akob.

Che Ibrahim memberitahu permintaan tiket bas dijangka tinggi kerana ramai perantau ­ingin mengambil peluang ke kampung selepas beberapa tahun beraya dalam suasana pandemik Covid-19.

Katanya, pada tahun ini pihaknya mempunyai masa yang panjang bagi membawa perantau kerana cuti yang panjang.

“Pada permulaan kita menjangkakan pelajar sekolah dulu pulang dan selepas itu baharulah mereka yang bekerja. Jadi masa tu agak panjang.

“Kita harap Aidilfitri kali ini tidak mengejut sebagaimana tahun lalu. Kalau raya mengejut macam tahun lepas mungkin akan jadi kesesakan jalan yang teruk jugalah seperti tahun lepas memang amat teruk. Ja­dual perjalanan bas semua jadi huru-hara,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN