85 sekolah di Manjung mohon cuti ganti akibat terputus bekalan air - Utusan Malaysia

85 sekolah di Manjung mohon cuti ganti akibat terputus bekalan air

MOHAMAD Nizar Jamaluddin (kiri) ketika melawat Loji Rawatan Air (LRA) Teluk Kepayang, Bota dekat Parit kelmarin. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebanyak 85 buah sekolah di daerah Manjung terpaksa ditutup dan memohon cuti berganti semalam disebabkan masalah bekalan air.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, sekolah terlibat ialah 34 buah di Ayer Tawar, 19 sekolah di Sitiawan, Seri Manjung (18), Lekir hingga Kayan (5), Pangkor (5) dan Lumut (4) melibatkan sekolah rendah, menengah dan jenis kebangsaan.

“Langkah untuk menutup 85 sekolah itu untuk kebajikan dan kesihatan pelajar melalui permohonan cuti berganti dengan kelulusan Pendaftar Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak,” katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar Ramadan dan Tarawih anjuran Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak di sini semalam.

Khairudin berkata, JPN Perak prihatin dengan situasi ketiadaan air yang menyukarkan urusan seharian pelajar dan kakitangan sekolah.

“Mereka perlu ganti hari persekolahan pada hari lain kecuali jika bilangan hari persekolahan nanti cukup 190 hari ke atas, maka tak perlu ganti seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan.

“Setiap sekolah diberikan empat hari cuti peristiwa, jika tidak ambil maka cukuplah 190 hari sesi persekolahan jadi mereka akan teruskan sesi persekolahan seperti biasa,” katanya.

Sebelum ini, sebanyak 79,360 akaun pengguna di daerah Manjung dan Perak Tengah mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual akibat paip air mentah bocor di Loji Rawatan Air (LRA) Teluk Kepayang, Bota sejak Jumaat lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata ketika ini kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan oleh pihak kontraktor dan dijangka pulih sepenuhnya sebelum 8 April ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya