627 kota mercun dirampas - Utusan Malaysia

627 kota mercun dirampas

Mercun
AHMAD Ridhwan @ Saleh (kanan) menunjukkan sebuah lori sarat dengan mercun dirampas dalam satu serbuan dekat Jalan Sungai Lang Baru, Banting di Kuala Langat, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Sebanyak 627 kotak mercun pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM1 juta dirampas polis dalam satu serbuan yang dijalankan dekat sebuah stor di Jalan Sungai Lang Baru, Banting, di sini, semalam.

Serbuan pada kira-kira pukul 6 petang dilakukan sepasukan polis dari Cawangan Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman yang membuat risikan pada hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh, berkata, dalam serbuan tersebut empat lelaki warga tempatan ditahan dan selain mercun, polis turut merampas sebuah lori membawa kotak pelbagai jenis mercun.

“Semasa tangkapan dibuat, keempat-empat lelaki tersebut sedang memunggah kotak-kotak mercun dari sebuah motolori ke dalam gudang. Dalam serbuan tersebut pihak polis merampas sebuah lori berserta pelbagai jenis mercun. Anggaran barang rampasan bernilai RM1.67 juta.

“Hasil siasatan awal, polis mendapati tempat penyimpanan tersebut belum mendapat sebarang kebenaran daripada pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kesemua ditangkap berusia 19 hingga 39 tahun dan direman selama tiga hari sehingga 6 April ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Larangan Bahan Letupan 1957.

“Semakan rekod jenayah kesemua yang ditangkap dapati masingmasing tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan kes narkotik.

“Polis mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak menawarkan apa-apa penjualan mercun secara terbuka tanpa mendapatkan permit daripada pihak polis.

“Manakala, bagi individu yang mempunyai permit menjual mercun perlulah mematuhi peraturan, tempoh penjualan hanya dibenarkan selama 30 hari iaitu 25 hari sebelum dan lima hari selepas tempoh musim perayaan untuk mengelakkan daripada dikenakan tindakan,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya