600,000 pengunjung dicatatkan dalam FRP 2023

600,000 pengunjung dicatatkan dalam FRP 2023

SERAMAI 20 anak yatim dari Rumah Bakti Nur Ain Bangi diraikan di mana FRP 2023 bekerjasama bersama dua vendor, Zareth Zehra dan Elrah bagi menyumbang baju Melayu dan baju kurung selain memberi duit raya kepada mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 600,000 pengunjung berjaya dicatatkan dalam Festival Ramadan Putrajaya 2023 (FRP 2023) yang diadakan sejak 22 Mac lalu.

Pengarah Ingenious Creative Lab (M) Sdn. Bhd., Shahrul Musa berkata, jumlah tersebut yang direkodkan pada pertengahan Ramadan lalu menunjukkan peningkatan berbanding sasaran awal 500,000.

Katanya, penganjuran festival ini berjaya mendapat sambutan menggalakkan terutamanya pada hari Jumaat dan hujung minggu.

“Malah mereka yang datang bukan sahaja dari kawasan sekitar malah dari luar Putrajaya untuk mendapatkan semua kelengkapan sambutan perayaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah Sharul, sehingga kini FRP 2023 juga melanjutkan operasinya sehingga pukul 5 pagi untuk 10 hari terakhir Ramadan ini.

Menurutnya ia dibuat bagi memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan kelengkapan hari raya pada saat-saat akhir.

“Menjelang tiga hari terakhir Ramadan juga, vendor yang mengambil bahagian turut menawarkan diskaun sehingga 50 peratus menerusi promosi happy hour.

“Kita mahu menjadikan Putrajaya sebagai pusat sehenti menjual juadah berbuka puasa dan barangan keperluan hari raya bagi menyemarakkan semangat Ramadan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shahrul berkata, pihak turut meraikan 20 anak yatim dari Rumah Bakti Nur Ain Bangi diraikan sempena penganjuran festival berkenaan.

“Majlis diadakan dengan kerjasama Zareth Zehra dan Elrah bagi menyumbang baju Melayu dan baju kurung selain memberi duit raya kepada anak-anak itu dalam memberi kecerian kepada mereka menyambut Aidilfitri minggu depan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN