Zahir kesetiaan, tiada pemimpin sempurna - Utusan Malaysia

Zahir kesetiaan, tiada pemimpin sempurna

Kesetiaan
SHAHANIZA Shamsuddin (tengah) bersama Razlan Rafii (dua, kiri) dan Fathul Bari Mat Jahaya (kanan) dalam siri wacana anjuran sebuah organisasi media, di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Calon Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin mengingatkan tiada pemimpin yang 100 peratus bersih atau disukai rakyat sehingga perlu mengorbankan kesetiaan terhadap parti.

Menurutnya, ketidaksempurnaan itu tidak wajar menjadi alasan bagi menafikan sokongan terhadap pemimpin kerana situasi tersebut wujud dalam mana-mana organisasi atau syarikat, termasuklah parti politik.

Justeru, dalam konteks UMNO, beliau menyeru institusi presidennya dipertahankan anggota parti dengan menumpahkan kesetiaan untuk memastikannya kekal kukuh dan tidak berpecah belah.

“Kesetiaan adalah perkara paling pokok, kalau tak setia itu yg jadi kisah masalah dalaman parti. Dalam Islam pun kita kena walak dengan pemimpin

“Ada tak pemimpin yang betul-betul bersih dan disenangi rakyat, jawapannya tak ada. Baik dalam mana-mana parti tak ada yang 100 peratus bersih atau baik,” katanya dalam siri wacana bersama Datuk Razlan Rafii dan Datuk Fathul Bari Mat Jahaya anjuran Sinar, hari ini.

Beliau menegaskan anggota parti perlu hormati institusi parti dengan memahami perlembagaan dan matlamat UMNO serta tidak menjadikannya sebagai kepentingan peribadi.

Beliau bersama Razlan dan Fathul Baru merupakan antara tiga daripada 95 calon yang bertanding bagi merebut 25 kerusi Majlis Kerja Tertinggi UMNO, pada pemilihan parti peringkat bahagian dan pusat, Sabtu ini.

Sementara itu, Razlan menasihatkan kepimpinan dan anggota menghargai pemimpin berkorban demi kepentingan parti seperti yang dapat dilihat ketika peralihan kuasa pada Ogos 2021.

“Kita buat keputusan tarik diri, tarik sokongan, pemimpin letak jawatan dalam kabinet dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), jawatan kita pegang adalah daripada parti. Ia milik parti, bukan individu.

“Di manakah kamu meletakkan diri kamu dalam parti ketika menjadi ahli parlimen. Ingatkan mereka bagaimana mereka setia pada parti ketika parti memerlukan kesetiaan,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya