Puad Zarkashi dakwa DAP jadikan jawatan GLC sebagai umpan politik 

Puad Zarkashi dakwa DAP jadikan jawatan GLC sebagai umpan politik 

MOHD. PUAD ZARKASHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO mengecam tindakan DAP yang didakwa menggunakan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai tawaran politik, walaupun parti itu sebelum ini lantang mengkritik amalan pelantikan politik dalam entiti berkenaan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, DAP sering menyifatkan pelantikan politik dalam GLC sebagai tidak beretika, tidak profesional dan bertentangan dengan semangat reformasi yang diperjuangkan parti itu.

Namun, menurut beliau, DAP didakwa menawarkan jawatan dalam GLC kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim bagi membolehkannya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram yang mempunyai majoriti pengundi Melayu.

“Tidak disangka DAP guna jawatan GLC untuk berjual beli politik. Ini terdedah apabila Yang Berhormat (YB) Marina menolak tawaran tersebut asalkan dia setuju bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram.

“DAP sering mengecam pihak lain kerana membuat lantikan politik di GLC. Pada DAP itu tidak beretika, tidak profesional dan tidak reformis.

“Tapi DAP lagi teruk, tawaran dibuat sebelum menang pilihanraya. Lainlah sikit jika dilantik selepas pilihanraya untuk mengiktiraf kedudukannya sebagai YB kerana tidak dilantik Exco atau menteri,” katanya dalam kenyaaan di sini hari ini.

Sebelum ini, Marina mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Susulan pengumuman itu, tular sepucuk surat yang mendakwa kepimpinan DAP mahu memindahkan Marina ke DUN Tiram dan sekiranya beliau tewas, akan diberikan pelantikan dalam sebuah badan berkanun.

Dalam pada itu, Mohd. Puad berkata, janji yang didakwa dibuat oleh Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching kepada Marina turut menunjukkan pengaruh besar DAP dalam kerajaan Persekutuan.

“Janji Teo Nie Ching itu membuktikan DAP ada pengaruh besar terhadap PMX. Itu belum cakap pasal Selangor dan Pulau Pinang.

“Justeru kita cabar DAP, dedahkan YB dan pemimpin DAP yang bukan YB tetapi pegang jawatan GLC pusat dan negeri. Lihat Sedikit,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN