Warga emas ditemukan maut tergantung dalam bilik

Warga emas ditemukan maut tergantung dalam bilik

Mayat dalam longkang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tergantung dengan tali di siling di rumahnya di Taman Alam Jaya, Bandar Tun Hussein Onn di sini, hari ini. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.25 petang tadi. 

 “Seramai enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussin Onn dikejarkan ke lokasi kejadian. 

 “Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat seorang lelaki warga emas berusia 66 tahun dalam keadaan tergantung pada siling. 

 “Mayat mangsa terbabit ditemukan di dalam bilik di rumah berkenaan yang disewa oleh mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Morni berkata, anggota bertugas terpaksa membuka pintu rumah berkenaan yang berkunci. 

 “Anggota bomba kemudian menurunkan mayat mangsa yang disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

 “Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN