UniMAP hasilkan graduan relevan dengan keperluan industri

UniMAP hasilkan graduan relevan dengan keperluan industri

ZALIMAN SAULI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyahut fokus yang digariskan dan sentiasa komited bagi memastikan universiti sentiasa relevan dan mengikut keperluan negara.

Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr. Zaliman Sauli berkata, beliau bersama beberapa universiti yang memfokus kepada TVET mengenal pasti tahap fasiliti di universiti masing-masing yang menawarkan program-program berkenaan.

“Fasiliti yang terkini adalah perkara yang amat penting dan perlu diberi perhatian agar tahap kemahiran yang bakal para graduan perolehi selari dengan ‘skill set’ yang diperlukan oleh industri.

“Kecekapan yang diperolehi para graduan juga perlu seiring dengan kemahiran tinggi-TVET untuk mendepani perubahan teknologi masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab setiap universiti untuk memastikan keberadaan terbaik setiap keperluan dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran pelajar.

“Dengan ini usaha tersebut dapat menghasilkan graduan yang mahir dalam bidang teknikal dan kemahiran ‘transversal.

“Penglibatan pihak industri dalam memastikan penawaran program-program TVET yang berkualiti adalah yang terbaik sebagai pakar rujuk melalui pelantikan tertentu,” katanya.

Beliau turut memaklumkan pihak UniMAP mengadakan kolaborasi penting melalui pemeteraian Memorandum Kesefahaman dan Persetujuan (MOU/MOA) dengan pelbagai pemain industry utama.

“Ini dapat membuka peluang kerjasama penempatan Latihan industri, pembelajaran berasaskan kerja (WBL), lampiran industri kakitangan termasuk perningkatan dan kemahiran semula bagi tenaga pengajar UniMAP,” katanya.

Dalam masa terdekat UniMAP bakal melakukan beberapa penambahan beberapa lagi makmal industri di UniMAP.

Beliau berkata, makmal industri atau pejabat satelit industri bagi membolehkan bakal graduan TVET dapat mengenali bakal majikan mereka sejak mula memasuki institusi,” kata beliau.-utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN