SHAH ALAM: Seorang pelajar tingkatan dua dilaporkan hilang sejak seminggu selepas meninggalkan surat kepada ibunya dekat Pangsapuri Rimba, Seksyen 16 di sini, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, Muhammad Shazriq Ziqri Abdullah yang berketurunan Bajau dikatakan keluar rumah pada pukul 6.45 pagi.
Katanya, susulan itu ibu mangsa membuat laporan polis pada keesokannya.
“Polis menjalankan siasatan dan membuka kertas siasatan Orang Hilang. Kanak-kanak itu disyaki berselisih faham dengan ibunya.
“Siasata dijalankan dengan mengambil kira semua kenalan dan tempat yang pernah dikunjungi olehnya sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam masa sama, beliau juga menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd. Razi Sahari di talian 019-5717076. – UTUSAN










