Tuduh kes bunuh warga Nepal tangguh - Utusan Malaysia

Tuduh kes bunuh warga Nepal tangguh

Bunuh Nepal
SEORANG lelaki warga Nepal dibawa ke Mahkamah Majistret untuk menghadapi pertuduhan membunuh rakan senegaranya, di Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN /
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret menangguhkan pertuduhan terhadap seorang warga Nepal yang didakwa membunuh dan mengerat rakan senegaranya sebelum dibuang dekat tepi Lebuhraya Utara Selatan di Rawang pada pertengahan Januari lalu.

Majistret Sasha Diana Sabtu menangguhkan pertuduhan terhadap lelaki berusia sekitar 20-an selepas dia tidak dapat memahami pertuduhan yang dibacakan ke atasnya dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Justeru, Majistret menetapkan tarikh pertuduhan baharu pada 7 April ini bagi membolehkan mahkamah mendapatkan khidmat Jurubahasa Bahasa Nepal untuk membaca kertas pertuduhannya.

Tarikh baharu tersebut ditetapkan selepas permohonan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Erneetha Kaur Baghwant Singh.

Pada 2 Mac lalu (Khamis), Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan polis menahan 15 terdiri daripada Polis menahan 15 warga asing susulan siasatan terhadap kes bunuh seorang lelaki berusia 48 tahun itu.

Kesemua suspek terdiri daripada warga Nepal (12 lelaki dan seorang wanita), Indonesia (seorang lelaki dan wanita) serta seorang lelaki warga Filipina berusia dalam lingkungan 24 hingga 54 tahun.

Tangkapan tersebut dibuat susulan penemuan mayat seorang warga asing yang dikerat tujuh bahagian itu dipercayai meninggal dunia kira-kira 12 jam sebelum ditemukan di tepi lebuh raya berkenaan.

Polis memaklumkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.