Tiada satu sen pun sumbangan untuk mangsa banjir disalah guna

Tiada satu sen pun sumbangan untuk mangsa banjir disalah guna

MOHD. Na'im Mokhtar melepaskan konvoi Skuad Musaadah pada Majlis Pelancaran Skuad Musaadah di Kompleks Islam Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Segala peruntukan kepada mangsa banjir yang disumbangkan pelbagai pihak untuk Tabung Musaadah adalah telus dan diberikan terus kepada sasaran.

Malahan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd, Na’im Mokhtar memberi jaminan bahawa penderma tidak perlu risau derma tidak kesampaian.

“Ini isu amanah dan kesemua rakan strategik kita yang turun ke lapangan juga memastikan setiap satu sen sumbangan itu tidak akan disalahgunakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelepasan Misi Bantuan Banjir Skuad Musaadah Madani Agensi Di Bawah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), di sini hari ini.

Ia melibatkan konvoi disertai 15 kenderaan termasuk dua bas Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) yang berfungsi sebagai klinik dan dapur bergerak.

Beliau turut menerima hasil sumbangan berjumlah RM2.1 juta daripada sembilan agensi antaranya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (RM1 juta), Tabung Haji (RM200,000) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (RM162,400).

Tabung itu yang diuruskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Waqaf Malaysia dilancarkan pada 24 Mac 2020 lalu dengan asalnya untuk isu Covid-19 kemudian diperluaskan terhadap mangsa banjir sejak awal tahun lepas.

Sementara itu, Ahmad Sani berkata, Mapim bercadang menambah bilangan bas dapur bergerak kerana memang ada keperluan terutama di kawasan terjejas bencana.

Beliau berkata, bas dapur bergerak itu sudah beroperasi hampir tiga tahun dan asalanya untuk kegunaan penduduk terjejas akibat isu Covid-19 bagi menghidangkan makanan kepada mereka yang terkepung di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

Sekiranya tiada bencana alam pula, beliau menambah, kenderaan berkenaan digunakan pihak Mapim untuk memasak makanan di kawasan tumpuan kelompok gelandangan.

Menyentuh aspek pengendalian, Ahmad Sani berkata, pihak Mapim amat serius dalam isu kebersihan dan proses penyajian hidangan agar tiada berlaku kes keracunan makanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya