Teruskan apa yang pernah dilaksanakan bantu tahfiz

Teruskan apa yang pernah dilaksanakan bantu tahfiz – Ismail Sabri

ISMAIL Sabri menunjukkan gambar berbuka puasa yang dipercayai turut melibatkan mangsa yang maut dalam tragedi kebakaran pusat tahfiz itu sebelum ini. - FOTO/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengharapkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan pelan dan dasar pembangunan pelajar dan sekolah tahfiz yang sudah dilaksanakan kerajaan sebelum ini.

Demikian saranan Ahli Parlimen Bera itu selepas menyumbang kira-kira 100 pek makanan sempenan program Kongsi Rezeki Ramadan di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di sini.

“Saya percaya sejak daripada dulu lagi daripada zaman Datuk Seri Najib Tun Razak jadi perdana menteri, kita mempunyai jawatankuasa Kabinet yang dibentuk khusus untuk melihat secara menyeluruh isu-isu berkaitan tahfiz.

“Sebab itu kita menyediakan tahfiz Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) untuk mewujudkan latihan kepada pelajar tahfiz. 

“Jadi, saya harap apa yang pernah dilakukan akan diteruskan untuk kerajaan sekarang,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Ismail Sabri sempat mengimbau kenangan apabila pernah berbuka puasa bersama mangsa pusat tahfiz yang maut dalam tragedi kebakaran yang berlaku pada 2017 itu.

“Saya ada sentimental dengan pusat tahfiz ini sebab sebelum kejadian kebakaran, saya mengenali sebahagian besar pelajar di sini.

“Kita buat majlis berbuka puasa dengan pelajar di sini iaitu 33 bulan sebelum kejadian. Jadi sempat makan bersama mereka sehingga kejadian kebakaran tersebut.

“Bersama saya waktu berbuka itu, saya difahamkan 15 belas yang terkorban ketika kejadian,” kongsinya.

Bekas Naib Presiden UMNO itu memberitahu, beliau yang ketika itu memgang jawatan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah mengarahkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk menyemak masalah pendawaian di seluruh pusat tahfiz.

“Waktu itu kita tak tahu punca kebakaran, kita menganggap kes kejadian disebabkan litar pintas. Ketika itu Mara di bawah saya dan kita buat keputusan seluruh tahfiz yang mempunyai masalah pendawaian, pihak Mara akan buat pendawaian baharu semula.

“Sebab kita tahu kebanyakan sekolah tahfiz keadaannya tidak terurus dengan baik dari segi struktur bangunan, pendawaian dan sebagainya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.