Suruhanjaya Pasukan Polis tentukan pengganti Timbalan Ketua Polis Negara

Suruhanjaya Pasukan Polis tentukan pengganti Timbalan Ketua Polis Negara

ACRYL SANI ABDULLAH SANI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) akan menentukan calon menggantikan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain yang bersara wajib berkuat kuasa 14 Mac ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, SPP akan mengadakan satu mesyuarat khas dalam masa terdekat bagi menentukan calon-calon berpotensi untuk mengisi jawatan kedua tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Katanya, terdapat beberapa calon layak diberi pertimbangan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut. 

“Satu mesyuarat khas akan diadakan oleh SPP tidak lama lagi bagi menentukan kekosongan beberapa perjawatan tertinggi susulan persaraan wajib umur 60 tahun.

“Justeru apapun pemilihan dan penentuan akan dilakukan melalui mesyuarat SPP tidak lama lagi. Kita tunggu apakah yang akan diumumkan SPP yang bermesyuarat nanti,” katanya selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, hari ini. 

Pengarah Jabatan Pengurusan, Datuk Seri Zaini Jass akan bersara wajib pada 9 Mac ini diikuti Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain pada 15 Mac depan. 

Selain itu, persaraan itu diikuti oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah hujung bulan ini manakala  Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan pada 16 April ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya