ALOR SETAR: Kerajaan negeri akan terus menuntut bayaran insentif fiskal berjumlah RM200 juta kerana mempertahankan kawasan padi dan tadahan air demi memanfaatkan penduduk negeri ini dan Pulau Pinang. Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pengorbanan tersebut hanya akan berbaloi dengan bayaran insentif fiskal yang setimpal. “Yang kita hendak ini adalah hasil negeri yang kita korbankan untuk kekalkan kawasan itu. Untuk negeri, pampasan bayaran khas untuk pengekalan kawasan…










