Surat Tommy Thomas kepada Sulu tidak pernah dipersetujui Jemaah Menteri

Surat Tommy Thomas kepada Sulu tidak pernah dipersetujui Jemaah Menteri

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri pada 2019 tidak pernah memberi persetujuan terhadap kenyataan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang menyatakan rasa kesal dengan tindakan kerajaan untuk menghentikan bayaran pampasan tahunan kepada kumpulan Sulu. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Azalina Othman Said berkata, kandungan surat tersebut adalah bertentangan dengan prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 

“Surat bertarikh 19 September 2019 yang dikeluarkan oleh mantan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas kepada kumpulan Sulu tidak pernah mendapatkan persetujuan Jemaah Menteri. 

“Tindakan mantan Peguam Negara yang mengeluarkan surat yang mengandungi keputusannya sendiri tanpa kelulusan oleh Jemaah Menteri adalah bertentangan dengan prinsip keputusan kolektif yang diamalkan. 

“Buat masa ini, Kerajaan Malaysia telah mengambil pendirian untuk menjauhkan diri atau to disassociate itself daripada pengeluaran surat tersebut dengan memilih untuk tidak mewakili mantan Peguam Negara dalam tindakan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang difailkan oleh sembilan orang plaintif dari Sabah terhadap beliau,” katanya menerusi jawapan bertulis sesi di Dewan Negara. 

Terdahulu, Senator Datuk Seri Vell Paari Tun Samy Vellu minta penjelasan sama ada Jemaah Menteri pada tahun 2019 telah menyatakan persetujuan terhadap kenyataan bekas Peguam Negara.

Dalam surat tersebut, Tommy menyatakan kekesalan apabila kerajaan Malaysia menghentikan pembayaran tahunan kepada waris kesultanan Sulu. 

Selain itu, Tommy menawarkan penjelasan jumlah tertunggak ‘dengan segera’ kepada pihak penuntut sebagai pertukaran untuk menamatkan sebarang tindakan timbang tara. Tunggakan bayaran termasuk 10 peratus faedah dengan jumlah keseluruhannya sebanyak RM48,230. 

Menurut Azalina, Jabatan Peguam Negara telah memfailkan permohonan untuk mencelah bagi pihak Kerajaan Malaysia, selain turut memohon mendapatkan perintah penggantungan prosiding dan perintah untuk menghalang mantan Peguam Negara daripada memberikan sebarang kenyataan atau komen berhubung prosiding timbang tara waris Kesultanan Sulu terhadap Kerajaan Malaysia.

 “Permohonan Kerajaan Malaysia untuk mencelah, mendapatkan perintah penggantungan dan perintah menghalang mantan Peguam Negara daripada memberikan sebarang kenyataan atau komen berhubung prosiding timbang tara tersebut telah pun dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 3.1.2023 yang lalu,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.