SKMM terima 2,825 aduan palsu, jelik, lucah dan sumbang

PARLIMEN: SKMM terima 2,825 aduan palsu, jelik, lucah dan sumbang

TEO NIE CHING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira 2,825 aduan diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung kesalahan yang diperuntukkan di bawah  Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Teo Nie Ching berkata, aduan berkaitan hantaran sumbang, jelik, lucah dan palsu tersebut diterima mulai tahun 2009 sehingga semalam.

Jelas beliau, daripada jumlah aduan tersebut, sebanyak 108 kes masih dalam siasatan manakala 115 kes telah didakwa di mahkamah.

“Sebanyak 40 kes dikenakan kompaun dengan nilai keseluruhan yang berjumlah lebih RM1.38 juta, manakala 84 kes  dikeluarkan notis amaran dan 2,478 kes berstatus tiada tindakan lanjut (NFA) dan atau tiada kesalahan dizahirkan (NOD).

“Kes-kes yang diklasifikasikan sebagai NFA/NOD adalah disebabkan tiada bukti yang kukuh untuk mengaitkan suspek dengan kesalahan yang disiasat di bawah Seksyen 233 Akta 588,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Syahredzan Johan (PH-Bangi) yang mahu kerajaan nyatakan statistik bilangan individu yang disiasat, didakwa dan disabitkan di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia melibatkan hantaran dan talian yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya sejak tahun 2009 sehingga kini.

Tambah Nie Ching, daripada 115 kes yang didakwa di mahkamah, 108 kes telah selesai dan dijatuhkan hukuman denda dengan nilai keseluruhan yang berjumlah RM1.04 juta, manakala tujuh kes dalam proses perbicaraan.

“Perincian 115 kes yang didakwa di mahkamah berdasarkan jenis hantaran adalah seperti berikut, 46 kes adalah melibatkan kandungan lucah, tiga kes melibatkan kandungan sumbang.

“Dalam pada itu 18 kes melibatkan kandungan palsu, tiga kes kandungan mengancam dan 45 kes melibatkan kandungan jelik,”ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, dari sudut jenis hantaran, daripada 2,825 aduan tersebut, sejumlah 1,631, aduan (58 peratus) adalah melibatkan kandungan lucah, 574 aduan (20 peratus) kandungan palsu, 546 aduan (19 peratus) kandungan jelik dan baki 74 aduan (3 peratus) adalah melibatkan kandungan mengancam dan sumbang. – UTUSAN

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya