Shamsul Anuar ucap terima kasih menang ahli MKT - Utusan Malaysia

Shamsul Anuar ucap terima kasih menang ahli MKT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan UMNO, Perwakilan dan ahli UMNO Bahagian semua peringkat yang menyokongnya sehingga beliau menang jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bagi sesi 2023-2026 pada pemilihan parti itu semalam.

Ahli Parlimen Lenggong itu berkata, sebagai balasan di atas kepercayaan yang diberikan, beliau berjanji akan terus berkhidmat dan setia kepada perjuangan parti.

“Kepada kepimpinan UMNO, Perwakilan dan ahli UMNO Bahagian semua peringkat, penghargaan dan terima kasih yang amat sangat daripada saya kepada semua kerana menyokong hingga membolehkan saya mendapat 178 undi sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

“Sebagai balasan pasti saya akan terus berkhidmat dan setia kepada perjuangan yang suci ini,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.

Berdasarkan keputusan rasmi UMNO, Shamsul Anuar menang jawatan ahli MKT UMNO dalam pemilihan parti itu bagi sesi 2023-2026 yang diadakan semalam.

Shamsul Anuar mendapat undian tertinggi iaitu 178 undi manakala Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir 175 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya