Seludup PATI : JIM serah SPRM siasat pegawai terlibat rasuah

Seludup PATI : Imigresen serah SPRM siasat pegawai terlibat rasuah

RUSLIN JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Jabatan Imigresen mengesahkan penahanan lima pegawai mereka yang bertugas di Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin kerana disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket penyeludupan PATI.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya menyerahkan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan dan JIM akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan telus dan adil.

Kata beliau, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawainya yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan serta tidak akan melindungi mereka yang terlibat dalam aktiviti tidak berintegriti.

“Tindakan dan hukuman yang serius akan diambil termasuk buang kerja jika pegawai yang melakukan kesalahan terbukti bersalah.

“JIM serius dan komited dalam memastikan tahap integriti pegawai Jabatan ini sentiasa berada di tahap maksimum,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, pelbagai program telah dilaksanakan bagi menerapkan nilai integriti yang tinggi dalam diri setiap pegawai imigresen.

“Selain daripada itu, Jabatan ini sentiasa bekerjasama erat dengan agensi lain termasuk SPRM dalam usaha memerangi penyeludupan migran,” ujarnya.

Ruslin berakta, pihaknya tidak akan berkompromi dan melindungi mana-mana pegawainya yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan selepas terlibat dalam aktiviti tidak berintegriti.

Ujar beliau, pihaknya juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan telus dan adil. 

“JIM tidak akan berkompromi dan melindungi mana-mana pegawainya yang terlibat dalam aktiviti tidak berintegriti. 

“Tindakan dan hukuman yang serius akan diambil termasuk buang kerja jika pegawai yang melakukan kesalahan terbukti bersalah,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Ruslin menambah, JIM serius dan komited dalam memastikan tahap integriti pegawai jabatan itu sentiasa berada di tahap maksimum. 

“Pelbagai program telah dilaksanakan bagi menerapkan nilai integriti yang tinggi dalam diri setiap pegawai imigresen. 

“Selain itu, Jabatan ini sentiasa bekerjasama erat dengan agensi lain termasuk SPRM dalam usaha memerangi penyeludupan migran,” ujarnya. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya