Penjaja sate ikan warga Thailand dicekup seludup petrol, terima upah RM15

Penjaja sate ikan warga Thailand dicekup seludup petrol, terima upah RM15

SUSPEK dan motosikal miliknya yang ditahan PGA semasa ditahan di SJR Neting, Tumpat, Kelantan semasa cuba menyeludup petrol ke Thailand semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang penjaja sate ikan warganegara Thailand dicekup selepas cuba menyeludup petrol ke negaranya semasa melalui sekatan jalan raya (SJR) Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Neting, di sini semalam.

Suspek berusia 51 tahun yang berasal dari Pattani itu ditahan pada pukul 1 tengah hari selepas menunggang motosikal bernombor plat Thailand dalam keadaan mencurigakan.

Komander Briged Tenggara Senior Asisten Komisoner Ahmad Radzi Hussain berkata, sejurus ditahan pemeriksaan yang dilakukan ke atas motosikal tersebut menjumpai dua buah beg berisi tong jerikin.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua tong jerikin itu berisi 20 liter minyak petrol.

“Turut ditemukan satu botol lutsinar mengandungi 1.5 liter minyak. Hasil soal siasat ke atas lelaki berkenaan, dia mengaku telah mengisi minyak tersebut di sekitar stesen minyak di Wakaf Bharu dan Tumpat sebelum diseludup ke negara Thailand.

“Suspek memberitahu dia mendapat upah sekitar RM10-RM15 bagi satu trip. Supek turut mengaku melakukan aktiviti penyeludupan minyak petrol antara dua hingga tiga kali sehari,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad Radzi memberitahu, nilai keseluruhan rampasan termasuk motosikal RM4,083.

Katanya, pemeriksaan di SJR akan terus diperketatkan bagi membanteras aktiviti penyeludupan minyak petrol dan diesel.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN