RUU kawalan tembakau dan merokok 2022 dibentang Mei ini

RUU kawalan tembakau dan merokok 2022 dibentang Mei ini

AHMAD Zahid Hamidi (kanan) ketika mempengerusikan mesyuarat mengenai Agenda Nasional Malaysia Sihat di Bangunan Parlimen semalami. Turut sama, Zaliha Mustafa (kanan) – JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat Mei ini.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, ini kerana RUU berkenaan tidak sempat dibentangkan pada persidangan kali ini.

“Kita dalam usaha mempercepatkan pembentangan (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok. Ia akan dibuat secepat mungkin dan kalau dapat, sesi akan datang kita akan cuba.” katanya dalam sidang akhbar bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selepas mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Agenda Nasional Malaysia Sihat di bangunan Parlimen, semalam.

Beliau dalam masa yang sama turut berkata, kerajaan juga kini dalam proses untuk melaksanakan cukai terhadap rokok elektronik, vape (vape tax).

Pembentangan RUU itu tertangguh akibat pembubaran Parlimen pada 10 Oktober tahun lalu.

Julai tahun lalu, Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi mengesyorkan penguatkuasaan larangan merokok kepada individu yang lahir pada 2007 dan ke atas atau GEG ditangguhkan selama tiga tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN