Robiah mahu terus berbakti kepada Orang Asli

Robiah mahu terus berbakti kepada Orang Asli

ROBIAH Rami melatih kanak-kanak Orang Asli Tabika Kemas Pos Hendrop untuk melakukan persembahan sewang di Gua Musang, Kelantan semalam. -UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang guru Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Orang Asli dari suku kaum Temiar di Pos Hendrop di sini bertekad terus bakti mencurah bakti kepada anak bangsanya bagi memastikan mereka menjadi generasi hebat pada masa hadapan. 

Robiah Rami, 42, yang berpengalaman mengajar kanak-kanak Orang Asli Tabika Kemas sejak 17 tahun lalu berkata, dia bangga dapat mencurahkan ilmu dan anak bangsanya sendiri menguasai 3M iaitu menulis, membaca dan mengira sebelum mereka melangkah ke sekolah rendah.

“Saya bertuah apabila terpilih untuk menjadi warga pendidik Kemas bagi mendidik anak Orang Asli seawal usia empat tahun.

“Sepanjang bertugas di Tabika Kemas Pos Hendrop saya dapat melihat perubahan anak murid yang meningkat dewasa dan ada yang berjaya melanjutkan pelajaran di institusi atau universiti awam,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Robiah memberitahu, sepanjang bergelar guru dia berjaya mendidik lebih 300 kanak-kanak tabika Orang Asli berumur antara empat hingga enam tahun di kampung berkenaan.

Katanya, bagi menarik minat dia turut menggunakan bahasa suku kaum Temiar bagi menarik minat dan memberi kefahaman kepada kanak-kanak.

“Kanak-kanak Orang Asli meminati pelajaran yang mempunyai aktiviti asas seperti pendidikan muzik dan seni.

“Bagi kanak-kanak Orang Asli kita harus mengajar mereka secara didik dan hibur secara santai serta menyelitkan unsur jenaka bagi menarik minat mereka,” ujarnya.

Robiah berkata, dia juga bersyukur apabila ibu bapa Orang Asli semakin menyedari kepentingan pendidikan awal kanak-kanak dan menghantar anak mereka ke tabika. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya