Ramanan tunai janji tidak ambil gaji wakil rakyat, salur ke rumah ibadat

Ramanan tunai janji tidak ambil gaji wakil rakyat, salur ke rumah ibadat

R. RAMANAN (empat, kiri) menunaikan janji untuk memberikan sumbangan daripada gaji Ahli Parlimen beliau di Sungai Buloh untuk rumah-rumah ibadat termasuk surau dan masjid sempena bulan Ramadan ini semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan menyalurkan gaji dan elaunnya sebagai wakil rakyat kepada rumah-rumah ibadat dalam kawasan Parlimennya.

Ia seperti mana janji Ramanan sebelum ini tidak akan mengambil gaji sebagai Ahli Parlimen sekiranya memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) November tahun lalu.

Menurut satu hantaran Facebook Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh, sumbangan itu akan dilakukan secara bergilir.

“Bagi tadbir urus yang telus, hanya akaun bank yang berdaftar kepada rumah ibadat tersebut akan menerimanya.

“Semoga ia dapat disalurkan oleh setiap jawatankuasa rumah ibadah untuk kegunaan kebajikan,” tulis hantaran itu hari ini.

Sebelum ini, Ramanan berikar tidak akan mengambil gaji walaupun RM1 jika beliau dipilih menjadi Ahli Parlimen Sungai Buloh pada PRU15.

Sebaliknya, beliau mahu semua gajinya sebagai wakil rakyat disalurkan untuk kegunaan masjid, surau, kuil dan tokong di kawasan berkenaan.

Pada PRU15, calon Pakatan Harapan (PH) itu menang dengan majoriti 2,693 undi setelah berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin.

Dalam pada itu, hantaran sama memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menyeru mereka berkemampuan untuk berkongsi sumber kepada mereka yang memerlukan.

“Pembentangan Belanjawan Madani yang disokong ahli-ahli Parlimen membuktikan komitmen pemimpin menangani kos sara hidup dan memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial dalam kalangan golongan miskin tegar serta kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Sesungguhnya sebuah masyarakat Madani itu terbentuk di bawah satu nilai sejagat yang berpaksikan ‘just and equitable rights of humanity’ (hak asasi manusia yang adil dan saksama),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya