Popular belum tentu berjaya berniaga - Syatilla Melvin - Utusan Malaysia

Popular belum tentu berjaya berniaga – Syatilla Melvin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Syatilla Melvin mengakui populariti bukan satu tiket ekspress untuk seseorang anak seni berjaya dalam dunia perniagaan.

Sebaliknya kongsi Syatilla, seorang usahawan perlu pandai mengkaji pasaran dan mempelajari teknik-teknik pengiklanan serta selok belok dunia media sosial untuk memancing pembeli.

“Kalau bab idea untuk mengembangkan jenama Kekasih, bukan satu perkara yang sukar. Alhamdulillah, mungkin kami adik-beradik diberi kelebihan otak seni itu.

“Cuma yang susah adalah bagaimana nak memastikan produk terjual. Followers berjuta-juta pun belum tentu boleh berjaya. Kita nak buat 10 peratus daripada pengikut untuk beli pun sukar sebenarnya.

“Sebab itu ramai anak seni yang berniaga separuh jalan atau berhenti. Berniaga ini bukan soal popular semata-mata, tetapi bagaimana mahu sustain jenama kita dalam pasaran,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Syatilla ditemui ketika pelancaran kempen Beli Lokal yang turut memperkenalkan platform e-dagang, My Mall yang membuka peluang perniagaan dalam talian secara percuma.

Dalam pada itu, Syatilla juga selalu memastikan hubungan akrab sentiasa terjalin antara semua adik beradiknya kerana risau keberkatan dalam mencari rezeki hilang.

Kongsinya, perbezaan pendapat ketika menguruskan jenama Kekasih milik mereka adalah perkara biasa namun dia sering kali mengingat adik-beradiknya untuk tidak membawa kepada pergaduhan.

“Dari segi perbezaan idea, itu memang selalu berselisih. Ada bergaduh tetapi tidaklah yang melampau. Akhirnya, kita akan lihat data pembeli untuk membuat sebarang keputusan.

“Tapi kami adik beradik, seumur hidup tak pernah lagi bermasam muka. Kami selalu ingatkan diri, kalau bergaduh Tuhan tak suka. Akhirnya, keberkatan rezeki itu akan hilang.

“Jenama kekasih yang kita bina selama ini boleh musnah gara-gara perselisihan pendapat yang membawa kepada pergaduhan. Memang kami elak perkara itu terjadi,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya