Politik Melayu dalam zaman kemerosotan - Armada Bersatu

Politik Melayu dalam zaman kemerosotan – Armada Bersatu

WAN AHMAD FAYHSAL WAN AHMAD KAMAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Angkatan Bersatu Anak Muda atau Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  mendakwa politik orang Melayu sedang berada dalam zaman kemerosotan.

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, wakil orang Melayu dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kini semakin berkurangan. 

“Politik Melayu sepanjang saya memikul amanah ini, saya boleh katakan, bahawa politik Melayu sedang berada dalam the age of decline atau boleh juga dikatakan zaman kemerosotan.

“Dari tahun 2018 hinggalah sekarang, pengaruh politik Melayu dalam Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri (DUN) semakin mengecil dan minimum.

“Representasi orang Melayu dalam institusi legislatif di persekutuan dan negeri yang kecil dan minimum ini, secara langsung akan menjadikan naratif Melayu semakin tidak signifikan serta dianggap sebagai naratif picisan atau naratif yang alternatif,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu di sini hari ini.

Yang hadir sama Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin; Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Azmin Mohamed Ali; Pengerusi Badan Pimpinan Negeri Bersatu Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, kekurangan representasi Melayu dalam negara akan mencetuskan anggapan demokrasi tidak berupaya merealisasikan hasrat dan kepentingan politik Melayu.

“Saya khuatir, jika situasi ini berterusan, orang Melayu akan hilang rasa kepunyaan kepada tanah air mereka sendiri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya