PETALING JAYA : Satu kertas siasatan dibuka polis berhubung kejadian tangkapan anjing liar yanh dijalankan penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Taman Kanagapuram di sini pada Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, terdapat seorang lelaki cuba menghalang dengan memasukkan anjing-anjing yang hendak ditangkap ke dalam premisnya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, tindakan lelaki tersebut sekali gus mengakibatkan operasi penangkapan anjing liar tersebut gagal dilaksanakan.
“Kejadian tersebut turut mencetuskan pergelutan antara lelaki tersebut dan penguatkuasan MBPJ ketika operasi dijalankan.
“Kejadian mengakibatkan lelaki tersebut terkena batang rod yang digunakan untuk menangkap anjing ketika terjadinya pergelutan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah beliau, Kes disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.- utusan










