Penyokong desak Ancelotti dipecat

Penyokong desak Ancelotti dipecat

Carlo Ancelotti
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Harapan Brazil menamatkan kemarau trofi Piala Dunia selama 24 tahun musnah apabila mereka disingkirkan Norway 2-1 pada aksi pusingan 16 terbaik, sekali gus mencetuskan kemarahan dalam kalangan penyokong yang kini menuntut ketua jurulatih Carlo Ancelotti dipecat.

Kekalahan itu menyaksikan Brazil gagal mara ke suku akhir, telah mencetuskan gelombang kritikan di media sosial dengan sebahagian penyokong menyalahkan Ancelotti atas prestasi hambar pasukan.

“Perlu pecat dia,” tulis seorang penyokong di platform X, manakala seorang lagi meluahkan kemarahan dengan mendakwa pengendali dari Itali itu perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas kekalahan tersebut.

Bagaimanapun, Ancelotti tetap mempertahankan dirinya dan menegaskan dia tidak akan melepaskan jawatan.

“Kita mesti terus bekerja dan memperbaiki diri serta mencari idea baharu. Kekalahan ini bukan pengakhiran, tetapi permulaan kepada satu kitaran baharu,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Ancelotti yang sebelum ini membawa reputasi cemerlang dengan pelbagai kejuaraan di peringkat kelab termasuk Liga Juara-Juara Eropah, dilantik bagi memulihkan kegemilangan Brazil di pentas antarabangsa.

Namun, tekanan kini semakin memuncak selepas kempen yang dianggap mengecewakan oleh penyokong, meskipun dia masih menegaskan projek pasukan kebangsaan itu memerlukan masa untuk dibina semula.

Dalam pada itu, penyokong Brazil turut mula menyuarakan hasrat melihat pengendali Manchester City, Pep Guardiola mengambil alih jawatan tersebut dengan ramai menganggap dia calon ideal untuk memulihkan skuad Selecao.

Setakat ini, Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai masa depan Ancelotti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN