PLUS menang Anugerah Sektor Awam di Singapura

PLUS menang Anugerah Sektor Awam di Singapura

SYED Mohamed Idid mewakili PLUS menerima Anugerah Sektor Awam di PRCA di Singapura. - FB SYED MOHAMMED IDID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Plus Malaysia Berhad (PLUS) memenangi Anugerah Sektor Awam pada Majlis Anugerah Persatuan Komunikasi Perhubungan Awam (PRCA) APAC 2023 yang diadakan di Singapura.

Kejayaan tersebut menjadikan konsesi itu muncul sebagai syarikat lebuh raya pertama merangkul anugerah berkenaan. 

Ketua Komunikasi Korporat PLUS, Syed Mohammed Idid berkata, kemenangan itu adalah satu tuah bagi PLUS selepas perlu bersaing dengan jenama hebat lain seperti Pasukan Polis Hong Kong, Yayasan Maritim Singapura dan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Hong Kong. 

“Menjadi pemenang kali pertama, penghargaan ini adalah satu penghormatan kepada kerja keras 3,800 warga PLUS sepanjang tahun lalu. 

“Ia adalah testimoni cemerlang bahawa industri lebuh raya komunikasi boleh menjadi serancak dan sekuat yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, majlis anugerah berkenaan sebagai satu platform kepada korporat untuk mempamerkan kemahiran perhubungan awam (PR) dan komunikasi terbaik sepanjang tahun lalu.

Majlis berkenaan menyaksikan lebih 40 perunding perhubungan awam berpangkalan di Asia Pasifik serta korporat terkenal dari China, Hong Kong, Singapura, Indonesia Filipina, India, Australia dan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya