Pihak berkuasa agama Islam negeri tetapkan urusan tauliah mengajar

Pihak berkuasa agama Islam negeri tetapkan urusan tauliah mengajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan tauliah mengajar adalah tertakluk di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama Islam di negeri-negeri.

Dalam kenyataan Jakim memaklumkan, tauliah mengajar itu diberikan berpandukan kepada undang-undang, peraturan dan prosedur sedia ada.

Menurutnya, terdapat dakwaan yang mengaitkan isu tauliah itu melibatkan campur tangan pihak Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Jakim.

“Kami mengambil perhatian terhadap isu tauliah mengajar agama Islam yang hangat diperkatakan di media pada ketika ini.

“Adalah dinafikan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Jakim mencampuri urusan tauliah mengajar agama Islam di negeri-negeri seperti yang didakwa,” katanya.

Justeru, Jakim memohon semua pihak supaya akur serta menghormati sebarang ketetapan yang diputuskan pihak berkuasa agama Islam di negeri-negeri.

Sebelum ini, media melaporkan dua kuliah ceramah pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar di Selangor pada 10 dan 11 Mac depan dibatalkan.

Pembatalan ceramah yang sepatutnya dijadualkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam dan Padang Astaka Tanjung Karang, Selangor itu dimaklumkan Ustaz Wadi menerusi Facebook, semalam.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Shahzihan Ahmad menjelaskan, ketetapan itu tertakluk kepada undang-undang dan peraturan berkuat kuasa di Selangor.

Tegas beliau, nasihat yang diberikan kepada penganjur bagi sesi ceramah itu selaras ketetapan mengikut Seksyen 118, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya