Pertemuan bersejarah Anwar, Xi Jinping

Pertemuan bersejarah Anwar, Xi Jinping

ANWAR IBRAHIM mengadakan pertemuan bersama Xi Jinping di Beijing, China. - GAMBAR PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Presiden China, Xi Jinping di Great Hall, Beijing, China.

Pertemuan di Great Hall, Beijing, China itu membincangkan langkah-langkah konkrit yang boleh diambil Malaysia dan China, antaranya dalam bidang perdagangan dan kerjasama politik.

Kedua-dua pemimpin kemudian dilihat mengadakan perbincangan yang juga disertai delegasi dari Malaysia dan China.

Pada sebelah pagi, Anwar sewaktu menyampaikan syarahan umum di Universiti Tsinghu yang merupakan salah satu universiti tersohor di China berkata, pihaknya dijangka mengumumkan tiga kemajuan besar yang dicapai hasil lawatan rasmi empat hari ke China.

Perdana Menteri berkata, ia masing-masing melibatkan pelaburan dan perdagangan antara Malaysia dan China, serta kerjasama dalam sektor pendidikan melibatkan universiti.

“Esok, saya akan umumkan selepas bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping, hari ini dan Perdana Menteri China, Li Qiang, esok, kemajuan besar berkaitan hubungan dua hala Malaysia dan China, yang menyentuh ekonomi, pelaburan, perdagangan dan juga kerjasama dengan universiti.

“Saya harap kamu dapat beri kerjasama yang terbaik. Saya perlu sokongan presiden, saya perlu sokongan profesor dan pelajar untuk menjayakan misi ini,” katanya.

Pertemuan Anwar dan Xi Jinping di Great Hall, Beijing disifatkan bermakna apabila mengambarkan hubungan erat antara Malaysia dan China yang telah terjalin sejak sekian lama.

Xi Jinping yang merupakan Presiden ketujuh dan selaku Setiausaha Agung Parti Komunis China itu menggantikan Hu Jintao sejak 2013, dipilih semula ketika Kongres Nasional Rakyat Ke-14 pada 10 Mac lalu.

Selesai pertemuan dengan Jinping, Anwar bersama delegasi dari Malaysia mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Kongres Nasional Rakyat, Zhao Leji yang menyentuh usaha pengukuhan peranan parlimen kedua-dua negara itu.

Terdahulu, Anwar berkesempatan berkunjung ke Masjid Dongsi merupakan masjid yang tertua di Beijing di daerah Dongcheng untuk menunaikan solat Jumaat. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya