Perlis tetapkan kadar fitrah RM7 - Utusan Malaysia

Perlis tetapkan kadar fitrah RM7

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berkenan berangkat melancarkan kadar zakat fitrah Perlis di Kem Rejimen 504 Askar Wataniah, Bukit Keteri.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menetapkan bayaran zakat fitrah di negeri ini kekal dengan kadar RM7.

Kadar tersebut diperkenankan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail setelah mendapat nasihat daripada Persidangan Mesyuarat MAIPs yang telah memperakukan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berdasarkan kepada harga beras yang lazimnya digunakan oleh masyarakat.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berkenan berangkat melancarkan kadar berkenaan di Kem Rejimen 504 Askar Wataniah, Bukit Keteri di sini hari ini.

“Selain bayaran tunai melalui Amil MAIPs, umat Islam yang ingin menunaikan zakat fitrah dengan beras, boleh mengeluarkannya sebanyak satu gantang Nabawi bagi setiap seorang yang bersamaan dengan berat 2.6 kilogram,” titah Tuanku Syed Faizuddin merangkap Yang Dipertua MAIPs.

Turut mengiringi baginda ialah Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, setiap orang Islam yang tinggal di Perlis wajib mengeluarkan fitrah seperti mana yang ditetapkan bagi dirinya, anak isteri, begitu juga tanggungan-tanggungannya.

“Umat Islam boleh mengeluarkan zakat fitrah melalui amil-amil kariah di seluruh negeri Perlis serta turut boleh menunaikannya dalam talian melalui laman portal MAIPs www.maips.gov.my.,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya