Perak FC-JPN bangunkan bola sepak akar umbi - Utusan Malaysia

Perak FC-JPN bangunkan bola sepak akar umbi

ABDUL Azim Mohd. Zabidi (dua kanan) menyerahkan jersi Perak FC kepada Mohamad Fauzi Mahson pada majlis menandatangani kerjasama program pembangunan bola sepak akar umbi negeri Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak mencapai persefahaman untuk melaksanakan program pembangunan bola sepak akar umbi di negeri ini.

Melalui kerjasama itu, Perak FC akan menubuhkan pusat latihan daerah atau District Training Centre (DTC) di daerah-daerah yang belum mempunyai pusat latihan bola sepak daerah (PLD).

Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi memberitahu, dengan terlaksananya program ini nanti, Perak akan mempunyai 14 DTC.

“Penubuhan DTC ialah atas budi bicara Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang akan memilih sekolah yang sesuai,” katanya pada majlis memeterai perjanjian kerjasama program itu di sini hari ini.

Pada program, Abdul Azim mewakili Perak FC manakala JPN Perak diwakili Pengarahnya, Mohamad Fauzi Mahson.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah.

Abdul Azim berkata, Perak FC akan menyalurkan peruntukan kewangan bagi program itu melalui penganjuran liga bola sepak bawah 17 tahun, seperti yang telah dianjurkan sebelum ini iaitu Piala Dato’ Seri Azim Zabidi.

Menurutnya, ramai pemain B-23 dan B-20 Perak FC yang dipilih menyertai skuad sepenuh masa sekarang, dipilih daripada pertandingan tersebut seperti Muhammad Zul Fikri Jamilulhayat, Mohamad Amirul Aiman Mohd Nasaruddin dan Mohamad Hijjaz Hakimi Romdan.

Katanya, tidak lupa juga kerjasama Perak FC dengan kelab antarabangsa dari Jerman, VfL Wolfsburg, menjadikan kelab itu  feeder club di Asia untuk pemain muda berbakat Malaysia pada satu hari nanti dapat beraksi dalam Bundesliga.

“Aspirasi Perak FC satu hari nanti ialah untuk menjadi sebuah kelab unggul yang melahirkan pemain bola sepak yang baik seperti yang dilakukan oleh Barcelona, Manchester United dan Ajax,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya