Tiada lagi talian hayat buat Kedah, Perak

Tiada lagi talian hayat buat Kedah, Perak

MOHD HISAMUDIN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Perak FC tidak akan diberikan peluang kedua untuk beraksi dalam saingan Liga Super walaupun menyelesaikan tunggakan gaji dan masalah kewangan mereka dalam tempoh terdekat ini.

Ahli Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL),Datuk Mohd Hisamudin Yahaya menegaskan bahawa keputusan untuk tidak memberikan Lesen Kebangsaan kepada kelab berkenaan adalah muktamad, sekali gus kelibat Perak dan Kedah tidak ada musim depan.

“Kedua-dua pasukan gagal memenuhi syarat lesen. Liga Super sudah pun mempunyai pengganti mereka iaitu Imigresen FC dan Melaka FC,” katanya.

Jelasnya, proses pelesenan adalah ketat, di mana mana-mana pasukan yang tidak memenuhi syarat akan digantikan atau disingkirkan bagi menjaga kredibiliti liga.

“Ia satu proses biasa. Kalau dah gagal, kena nilai semula pasukan tersebut. Tiada talian hayat kerana tempoh permohonan lesen sudah tamat. Keputusan adalah muktamad,” tegasnya.

Dua gergasi bola sepak utara itu, terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Super buat masa ini selepas kegagalan mendapatkan lesen kebangsaan.

Keputusan ini mengejutkan ramai peminat yang berharap kelab kegemaran mereka dapat mengatasi krisis kewangan dan kembali beraksi musim depan.

Namun, MFL tetap berpegang teguh kepada peraturan yang ditetapkan demi menjaga integriti liga.

Imigresen FC dan Melaka FC yang telah memenuhi semua syarat akan mengambil tempat mereka dalam saingan Liga Super musim depan.

Dalam pada itu, MFL mengesahkan bahawa musim depan akan menyaksikan 14 pasukan bertanding, termasuk kehadiran pasukan jemputan dari Brunei, DPMM FC.- UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN