'Pendakwaan saya satu bentuk pemangsaan politik terancang'

‘Pendakwaan saya satu bentuk pemangsaan politik terancang’

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa enam pertuduhan telah dibuat lebih awal sedangkan siasatan masih belum dilengkapkan.

Sambil menyifatkan ‘pertuduhan terancang’, Ahli Parlimen Pagoh itu mendapati keputusan  mendakwa beliau sebenarnya telah dibuat lebih awal oleh pihak yang paling berkuasa dalam pentadbiran negara sebelum sisatan dilengkapkan. 

“Semalam saya diberitahu bahawa Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa saya sedangkan keterangan belum dibuat lebih awal. Ini jelas keputusan (pendakwaan) dibuat lebih awal.

“Mereka hanya menggunakan agensi penguatkuasa sebagai alat untuk mencapai tujuan politik mereka. 

“Jelas, pendakwaan ke atas saya adalah satu bentuk pemangsaan politik yang terancang. It is an organized political persecution,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan salah guna kedudukan membabitkan rasuah berjumlah RM232.5 juta.

Mengikut pertuduhan, Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin Md. Yasin, 76, didakwa sebagai Perdana Menteri dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menyalahgunakan kedudukan tersebut untuk mendapatkan suapan berjumlah RM232,500,000 bagi parti tersebut.

Selain itu, beliau menghadapi dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM195 juta.

Ahli Parlimen Pagoh itu didakwa sebagai Presiden Bersatu menerima wang tersebut daripada sebuah syarikat di antara 25 Februari 2021 dan 8 Julai 2022 di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur yang mana wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun parti termasuk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya