Pemuda UMNO Arau kecam penganjuran ‘Thai Hot Guy’, cemar kesucian Ramadan - Utusan Malaysia

Pemuda UMNO Arau kecam penganjuran ‘Thai Hot Guy’, cemar kesucian Ramadan

ABDUL Azim Abdullah (empat dari kiri) hadir bersama barisan pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Arau membuat laporan polis berhubung penganjuran program Thai Hot Guy di IPD, Arau, Perlis hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Pemuda UMNO Bahagian Arau mengecam sekeras-kerasnya penganjuran acara pembukaan bar menampilkan kumpulan ‘Thai Hot Guy’ yang disifatkan tidak sesuai diadakan di negara seperti Malaysia.

Dalam masa sama, tegas sayap parti bahagian itu, penganjuran acara seperti itu yang dikatakan pada 30 Mac depan akan mencemar kesucian bulan Ramadan penuh keberkatan itu.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau, Abdul Azim Abdullah berkata, program seperti itu dilihat sebagai aktiviti yang melampui batas-batas hiburan yang dibenarkan di negara ini.

Katanya, berdasarkan pemerhatiannya, infografik poster tersebut telah menunjukkan bahawa wujud unsur-unsur hiburan yang melibatkan aktiviti lesbian, gay, dwiseks dan Transgender (LGBT).

Ujarnya, gambar infografik poster tersebut juga menunjukkan sekumpulan lelaki yang memakai pakaian wanita seksi telah menguatkan lagi andaian bahawa program tersebut melibatkan aktiviti hiburan yang melampui batas-batas hiburan yang dibenarkan dalam negara ini.

“Perkara ini sudah pasti akan menimbulkan satu sentimen yang negatif sekiranya penganjuran program tersebut diteruskan kerana umum mengetahui bahawa negara ini mempunyai majoriti masyarakat beragama Islam.

“Sekiranya program ini diteruskan, ia boleh menggugat ketenteram awam kerana program tersebut tidak menghormati amalan wajib umat Islam di dalam negara ini, seperti mana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau di sini hari ini berhubung penganjuran berkenaan.

Isnin lepas, tular hantaran mengenai penganjuran program Thai Hot Guy itu di laman sosial yang merupakan sebuah acara pertunjukan lelaki ‘sado’ berpakaian wanita di sebuah bar sekitar Kuala Lumpur pada 30 Mac ini.

Susulan penularan itu, beberapa pihak tampil mengecam penganjuran acara berkenaan yang disifatkan bertentangan dengan budaya rakyat Malaysia.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Abidin berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut mendapati lesen kelab hiburan yang didakwa mempromosikan aktiviti tidak bermoral itu telah tamat tempoh.

Malah, premis berkenaan yang dilesenkan sebagai restoran itu turut tidak mempunyai lesen hiburan dan tidak mengemukakan sebarang permohonan lesen hiburan atau permohonan untuk menjalankan aktiviti hiburan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya