Pekerja asing wajib dikurangkan - TPM

Pekerja asing wajib dikurangkan – TPM

AHMAD Zahid Hamidi (tengah) diiringi oleh Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar bersama barisan wakil pihak industri yang bekerjasama bersama kerajaan selepas pemeteraian 10 Memorandum Kerjasama pada Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama Transformasi Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) antara Kerajaan bersama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Swasta di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, hari ini. - FOTO/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan hanya 20 peratus pekerja asing bekerja di Malaysia menjelang 2030.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meletakkan sasaran tersebut bagi memastikan semua majikan dan pemain industri mengutamakan tenaga kerja tempatan.

Katanya, ia juga salah satu kaedah bagi menangani isu ketidaksepadanan antara permintaan dan penawaran pekerjaan dalam bidang yang diperlukan pemain industri.

“Saya memandang bahawa masalah pengambilan pekerja asing wajib dikurangkan. Keutamaan mesti diberikan kepada guna tenaga kerja tempatan.

“Hanya bidang 3D yang menggunakan pekerja asing, selebihnya harus diberikan 100 peratus guna pekerja tempatan,” katanya.

Katanya, hakikat mesti diakui bahawa negara maju di Asia Timur tidak terlalu bergantung kepada pekerja asing.

“Mereka menggunakan tenaga tempatan 100 peratus dan Malaysia mesti menuju ke arah itu. Saya menyasarkan pada 2030 yang tidak terlalu jauh dari sekarang, pekerja asing mesti dikurangkan kepada hanya tahap 20 peratus, utamakanlah pekerja mahir tempatan.

“Perkara ini tidak terlalu mustahil dilakukan kerana saya tahu menterinya cukup komited apatah lagi kolaborasi dilakukan dengan 12 kementerian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama Transformasi TVET antara 10 syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat swasta bersama kerajaan di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur.

Dalam majlis tersebut, Ahmad Zahid mengambil positif tindakan Kementerian Sumber Manusia menjemput 10 syarikat daripada industri bagi menandatangani perjanjian kerjasama dengan kerajaan.

“Mungkin ini satu permulaan, hari ini 10 perjanjian  tapi sasaran kita, kita perlu mempunyai 100 perjanjian menjelang hujung tahun ini.

“Saya mencabar kementerian kerana Majlis Amanah Rakyat (Mara) sahaja sudah tandatangan 18 perjanjian dalam tempoh dua minggu. Saya yakin tawaran kerajaan berikan akan lebih 100 perjanjian. Banyak lagi bidang kita terokai dan kita akan menyaksikan lebih banyak perjanjian dalam masa terdekat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.