smart Malaysia perkenal smart #5 Brabus Laser Red

smart Malaysia perkenal smart #5 Brabus Laser Red

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:smart Malaysia memperkenalkan smart #5 Brabus Laser Red Edition, varian warna baharu edisi terhad bagi SUV elektrik (EV) berprestasi tinggi dalam usaha mengukuhkan lagi penawaran dalam segmen kenderaan elektrik premium di Malaysia.

Kemunculan kemasan ‘Laser Red’ memberi pilihan lebih eksklusif kepada pengguna yang mengutamakan identiti dan penampilan tersendiri, sambil mengekalkan prestasi, teknologi serta ciri premium yang menjadi kelebihan model smart #5 Brabus.

Ketua Pegawai Eksekutif Pro-Net, Zhang Qiang berkata, pengenalan Laser Red Edition mencerminkan komitmen syarikat dalam menawarkan pilihan yang lebih eksklusif kepada pelanggan.

“smart #5 Brabus telah mentakrifkan semula jangkaan terhadap SUV elektrik berprestasi tinggi dengan menggabungkan kuasa, keselesaan premium dan teknologi canggih.

“Dengan Laser Red Edition, kami menawarkan pengalaman yang lebih ekspresif dan eksklusif kepada pelanggan, sekali gus menjadikannya tambahan istimewa kepada keluarga smart #5,” katanya dalam kenyataan.

Dari segi prestasi, smart #5 Brabus Laser Red Edition mengekalkan spesifikasi sedia ada dengan sistem pacuan semua roda (AWD) dwi-motor yang menghasilkan kuasa maksimum 475kW, bersamaan 646 PS, serta tork 710Nm.

Prestasi itu membolehkan SUV elektrik berkenaan memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam hanya 3.8 saat, sekali gus meletakkannya antara model EV berprestasi tinggi dalam kelasnya.

Model tersebut turut dilengkapi mod pemanduan eksklusif BRABUS, kabin premium dengan kemasan Alcantara® dan Dinamica®, reka bentuk luaran berinspirasikan Brabus, sistem digital berasaskan cip AMD V2000 serta pelbagai teknologi keselamatan dan bantuan pemandu terkini.

Menurut smart Malaysia, warna Laser Red dipilih bagi menyerlahkan identiti sporty dan premium jenama Brabus, selain meningkatkan daya tarikan visual rekaan lasak SUV berkenaan.

“smart #5 Brabus Laser Red Edition akan ditawarkan dalam jumlah yang terhad di Malaysia, menjadikannya antara varian paling eksklusif dalam rangkaian model smart.

“Bagi pasaran Malaysia, harga rasmi smart #5 bagi 2026 adalah smart #5 Premium (RM209,800) dan smart #5 Brabus (RM259,800),” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN