GUA MUSANG: Sepasang suami isteri terpaksa menyambut bulan Ramadan dalam keadaan serba kekurangan apabila sebahagian binaan dapur rumahnya di Kampung Baru, di sini runtuh lebih seminggu lalu. Situasi itu menyebabkan Mohd. Nazeri Hasim, 41, dan isterinya, Miss Sini Disuma, 40, buntu untuk memasak juadah sahur dan berbuka puasa untuk enam anak dan dua anak saudara yang tinggal bersama mereka. Mohd. Nazeri berkata, pada mulanya mereka dikejutkan dengan bahagian tandas yang…










